Monday 27 June 2011

PROGRAM BERSAMA AGENSI KERAJAAN - BOMBA&PENYELAMAT



setiap tahun Prasekolah Bestari akan mengadakan lawatan sambil belajar bersama agensi kerajaan iaitu ke Balai Bonba dan Penyelamat. Ianya bertujuan memberikan pendedahan kepada kanak-kanak tentang pentingnya menjaga keselamatan bukan sahaja keselamatan diri, malah keselamatan ketika di sekolah, jalanraya dan di tempat awam. selain berkaitan dengan tugas bomba, kanak-kanak ini dapat memakai uniform bomba lengkap seperti kemeja, seluar, kasut, topi dan beg seragam bomba. pengalaman bagaimana bomba memadam kebakaran, menggunakan, menaiki kereta bomba, melihat bagaimana maklumat dari panggilan kecemasan diproses dan pelbagai lagi. diharapkan dengan adanya kerjasama dari agensi kerajaan seperti ini, kanak-kanak akan lebih faham dan menghormati bahawa pasukan penyelamat ini memberikan banyak bantuan dan pertolongan kepada orang awam.