Sunday 26 June 2011

KURSUS PEMBINAAN BLOG PRASEKOLAH

Dalam usaha meningkatkan kebitaraan prasekolah Negeri Sembilan satu kursus membina blog prasekolah telah diadakan dalam usaha memberikan pendedahan kepada guru prasekolah membina jaringan perhubungan secara profesional yang lebih luas. Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-guru Prasekolah Di Bawah Sub-NKRA Prasekolah ini diadakan di Vistana Hotel Kuala Lumpur. Jutaan terima kasih diucapkan terutama kepada Encik Sezali Bin Mohamad Kamal selaku Ketua Unit Prasekolah dan Puan Noraini Wahi Penyelia Prasekolah Negeri Sembilan kerana mengambil inisiatif dalam usaha memenuhi syarat lonjakan ke 6 bintang. segala ilmu yang diperolehi melalui kursus ini banyak membantu guru-guru dalam menimba pengetahuan berkaitan IT.

No comments:

Post a Comment