Sunday 24 July 2011

CHOCOLATE CAKE

kek coklat yang dihasilkan sangat sedap sehingga ada beberapa parent yang datang tanya resipi kat cikgu..:)
apapun objektif aktiviti ini tercapai antaranya kanak2 dapat berkongsi idea, mendapat pengalaman melakukan sendiri, mengeja perkataan dalam membaca resepi dan cara2 membuat, membaca langkah-langkah ketika membuat kek sambil membuat bancuhan kek, merasa sendiri adunan yang dibuat, dan sementara menunggu kek masak, kanak-kanak menyalin bahan2, dan cara membuat kek coklat tersebut dalam buku latihan. selepas semuanya siap, kanak-kanak diminta mengingat semula dan memberikan maklumbalas secara lisan. WOW!!!! GREAT!!! kanak-kanak dapat mengingat satu persatu bahan2 dan langkah2 membuat kek tersebut....GOOD JOB DEAR....
SEBELUM AKTIVITI

MASA NI MASIH TERTIB LAGI...





MASA NI DAH TAK TAHAN...SEMUA MERASA BANCUHAN YANG MEREKA BUAT SENDIRI...EMMM SEDAP!!





AMBIK......NABIL DAN IMRAN BEREBUT NAK MENJILAT COKLAT DI SUDU HEHE..SEDAP SANGAT GAMAKNYE





TAKUT HABIS JE DIJILATNYE TAKUT TAK SERMPAT NAK MASUK OVEN....





NI MERASA KE MAKAN TERUS....ORANG MERASA SEKALI DUA CUKUP LAH DIK NOOOONNN..PASNI BALIK BUAT KAT RUMAH DENGAN MAK AYAH YER... JADI BAGITAU CIKGU..TAK JADI HEHEHE..DOK DIAM-DIAM




TU DIAAA...CHEF HEBAT KENE MENULIS SEMENTARA MENUNGGU KEK MASAK..APRON PON MASIH DI BADAN..

Thursday 21 July 2011

BANANA SPLIT

Kalini kanak-kanak prasekolah Bestari berpeluang menghasilkan sendiri "banana split". aktiviti yang sangat mudah dan simple. boleh membantu kanak-kanak menyebut bahan dalam BM dan BI, mengulang langkah2, belajar mengingat bahan dan cara2 menyediakan...akhir sekali dah tentulah aktiviti menulis bahan dan cara2 menyediakan serta melukis "banana split" mereka sendiri....
mudah jer...:)

BAHAN-BAHAN (cadangan jer)
1. aiskrim lebih dari 1 perisa
2. pisang
3. chocolate rice
4. ceri
5. Kacang tumbuk
6. krimer

SELAMAT MENCUBA

Monday 18 July 2011

AWAL SAINS

Lanjutan dari aktiviti WARIS, ada lagi ruang yang tidak ditanam. so ada lah peluang kanak-kanak ni ambil bahagian dalam menanam. ada 2 kaedah pembiakan diterangkan oleh guru sebelum aktiviti iaitu 1. melalui biji benih dan 2. melalui keratan batang. so bersesuaian dengan tapak Taman Ulam WARIS, kanak-kanak ini akan menanam pucuk ulam salom dan ulam raja..kanak-kanak telah maklum bahawa 2 keperluan tumbuhan ialah air dan cahaya matahari..tanpa 2 ini, tumbuhan tidak akan hidup.




macam-macam yang kanak-kaak ni jumpa..so boleh lah cikgu sambung kepada topik hidupan dalam tanah..antara yang kanak-kanak ni jumpa ialah siput dan cacing serta anak ulat gonggot..
hmmm nasib takde pacat,,tapi nyamuk lah...kesian gak kanak-kanak ni..tapi ada diaorang kisah ke nyamuk tu? janji dia orang dapat buat aktiviti tu..hhmmm..




eh..kanak-kanak perempuan jer..yang boys mana p? mengular ke?
Amizi..kenapa tu..lately Amizi macam tak seceria dulu..selalu sakit-sakit..dan dah kerap tak hadir..tak berkesempatan lagi nak sembang dengan mak Amizi..kanak-kanak paling jujur pernah cikgu jumpa...semoga Amizi sihat selalu :)

oooo..di sini rupanya...yang lelaki sibuk membersihkan kacang panjang dan kacang buncis yang dah berbuah. Geram jer diaorang nak petik..sabaq-sabaq..tunggu besaq skit naa..
Tema : Cuaca
Masa tu tema cuaca. plan nak bawa kanak-kanak ke luar untuk melihat awan, melukis bentuk awan dan mengesan pergerakan awan melalui perbezaan bentuk. hmmm...tetibe mendung...muka budakbudak dah redup gak..dah terbayang seronoknya nak melukis di bawah pokok di padang sekolah..tetibe lak mendung. tapi takpe sebab cikgu bawak keluar gak sekejap untuk melihat perubahan warna plak..bagaimana warna langit semasa cerah dan perubahan kepada gelap apabila hari mahu hujan...cikgu pon tunjuk model matahari...kanak-kanak seronok semula bila tau cikgu akan bagi mereka menghasilkan matahari sendiri. kaedah yang sangat mudah bagi kita dewasa namun sangat rumit bagi kanak-kanak kerana ianya melibatkan kerja menggunting.
Bahan-bahan :
1. Pinggan kertas
2. Kertas warna
3. Gam

Cara-cara :
1. Minta kanak-kanak menekap tapak tangan sendiri dan tangan kawan dalam kumpulan dan gunting
2. Gam di sekeliling pinggan kertas
3. Lukiskan wajah pada matahari bagi melahirkan watak


wow..sedia untuk digunakan. untuk lebih meriah..kanak-kanak menyanyikan lagu "matahari" yang direka sendiri guru dlm masa terdesak tu..:)
MATAHARI
Matahari..matahari..bersinar terang
Memancarkan cahayanya hati ku riang
*megikut irama lagu "oh my darling"




READY TO BE "THE MASTER CHEF"





Aktiviti ini tidak dirancang. ianya adalah aktiviti yang dilakukan apabila kanak-knak kelihatan bosan dengan aktiviti membaca dan menulis dari awal pagi...so ada idea yang diambil selepas menonton TVIQ. very simple activity and easy to make it....cuma menggunakan 2helai kertas A4 putih, gam dan maker pen...enjoy..