Monday 18 July 2011

Tema : Cuaca
Masa tu tema cuaca. plan nak bawa kanak-kanak ke luar untuk melihat awan, melukis bentuk awan dan mengesan pergerakan awan melalui perbezaan bentuk. hmmm...tetibe mendung...muka budakbudak dah redup gak..dah terbayang seronoknya nak melukis di bawah pokok di padang sekolah..tetibe lak mendung. tapi takpe sebab cikgu bawak keluar gak sekejap untuk melihat perubahan warna plak..bagaimana warna langit semasa cerah dan perubahan kepada gelap apabila hari mahu hujan...cikgu pon tunjuk model matahari...kanak-kanak seronok semula bila tau cikgu akan bagi mereka menghasilkan matahari sendiri. kaedah yang sangat mudah bagi kita dewasa namun sangat rumit bagi kanak-kanak kerana ianya melibatkan kerja menggunting.
Bahan-bahan :
1. Pinggan kertas
2. Kertas warna
3. Gam

Cara-cara :
1. Minta kanak-kanak menekap tapak tangan sendiri dan tangan kawan dalam kumpulan dan gunting
2. Gam di sekeliling pinggan kertas
3. Lukiskan wajah pada matahari bagi melahirkan watak


wow..sedia untuk digunakan. untuk lebih meriah..kanak-kanak menyanyikan lagu "matahari" yang direka sendiri guru dlm masa terdesak tu..:)
MATAHARI
Matahari..matahari..bersinar terang
Memancarkan cahayanya hati ku riang
*megikut irama lagu "oh my darling"




No comments:

Post a Comment